Bila mana kita cuba untuk berubah ke arah kebaikan , ada saja halangan yg menimpa .
Ada saja perkara yg mahu menumpulkan niat baik kita tu. Ada saja yg tak duduk senang melihat kita melangkah ke arah niat yg mungkin membawa kita merasai kemanisan iman . Allahuakbar .
Bila seorang hamba itu hendak mencari keredhaan Allah dan mahu berhijrah , ada saja halangannya .
Jangan mengeluh , jangan putus asa , jangan kecewa . Tetapi bersabarlah dan teruskanlah dengan niat murni itu . Sesungguhnya kepahitan yg dirasai pada mulanya itu akan mula menghilang dan kemanisan yg dinanti - nanti itu pula datang . Sabarlah duhai hati , tabahlah .
Kadang , ada perkara yg kita perlu dengar .
Kadang , ada perkara yg tidak perlu kita dengar .
Perkara yg kita perlu dengar itu adalah perkara yg membina . Manakala perkara yg tidak perlu didengar itu adalah perkara yg menghina .
Tetapi apakan daya , mulut manusia yg hanya tahu mengkritik dan menghina , telinga yg sentiasa lekat di kepala terpaksa turuti ke mana saja kepala bergerak .
Kita tak mampu tutup mulut orang , tapi kita mampu pekakan telinga dan kuatkan diri bagi meneruskan niat murni kita .
Insha ' Allah , selagi niat kita itu baik lagi murni , Allah S.W.T akan sentiasa berada di samping kita . Usah risau pandangan orang terhadap kita , usah lemah dek kerana mulut orang yg hanya pandai berkata - kata .
Peringatan dan harapan buat semua insan ,
termasuk diri yg menulis ini.
Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba yg penuh dosa .
No comments:
Post a Comment