Sunday, 6 December 2015

2015 ♡

   I'm back! Yeahooo. Setelah sekian lama membawa diri. Kahkah. First of all, alhamdulillah masih diberi peluang pada hari ini utk bernafas, memperbaiki diri, melihat dunia , melihat orang2 yg disayangi. Syukur kepada Ilahi. Alhamdulillah selesai dh peperiksaan yg cukup penting pada tahun ni ,espiem (SPM) pada 30 Nov 2015 . Secara tidak langsung, berakhirlah dunia sekolah . Sobs sobs. Still tak sangka next year dah 18 Teen. Oh my Allah. Rasa macam baby je lagi. Haha baby tua.

   Okay tahun ni tahun yg dapat membuktikan kepada aku bahawa kehidupan ini ibarat aku belayar dari Australia ke Malaysia. Hahaha merapu. Setiap tempat yg aku berhenti memberi kelainan masing2. Hidup, perlukan perjalanan. Perjalanan perlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan kau, aku, kita dan semua. Ececeheceh.
Apa yg aku nk sampaikan is setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Dan setiap pertemuan yg Allah rancang itu punya keistimewaan tersediri. Tak semua yg kita dapat akan kekal menjadi milik kita sehingga mana yg kita mahu. Sbb, semua tu bukan milik kita. 

   Siapa tak sedih tinggalkan sekolah, guru2, classmates, bestfriend yg selalu ada dengan kita. Bohonglah kalau ckp tak sedih. Cuma tak tunjuk lah depan orang. Acah2 kuat, kental, sado haha. Tapi bila keseorangan, ah amik kau. Allah je penyaksi segalanya.
5Science and Pn Hasimah Binti Yassim (Guru Biologi)



  Lepas ni, semua belayar ke destinasi yg berbeza - beza. Lepas ni, semua rindu dengan lawak jenaka ,lagat dan suasana time dalam kelas dan sbgnya. Rindu gelak tawa, sedih, duka, gembira, bahagia, manis pahit, tawar haha semua ada. Rindu dengan lawak jenaka cikgu2 //terutama cg bio <3 // . Bebel cikgu, pujian cikgu, senyuman cikgu haha dan macam2 lagi.

   Lepas ni, aku dapat juga lihat mana kawan mana sahabat haha. Yg mana time sekolah acah2 kata nk stay sampai bila - bila .Yg mana depan macam malaikat , belakang pijak semut pun tak mati. Yg mana kata nk tambahkan sawit moment tu haha semualah. Moga hubungan yg dibina tu kekal hingga jannah . Ameen .

     Okay lastly, aku doakan semua rakan2 ,sahabat, semua kenalan moga terus berjaya di dunia dan akhirat, inshaAllah. Jangan pernah melupakan saat2 indah yg Allah hadiahkan. Simpan dgn penuh erat. Harap nnt time buat reunion semua ada. 🎆

Tuesday, 14 July 2015

Kepercayaan.

"Bila kau sudah peroleh kepercayaan , jagalah sayangilah pelukilah hargailah . Kerna kepercayaan itu lebih berharga daripada wang ringgit."

Kehidupan sering kali dikaitkan dengan kepercayaan. Kerana itu fitrah manusia untuk meletakkan amanah ke atas orang yang rapat dan disayanginya.

Kepercayaan ni umpana sehelai kertas putih yg bersih dan kemas , direnyok - renyokkan lalu dibuka semula dan kita tidak akan dapat rupa  asal kertas itu seperti rupa sebelum direnyokan.

Ada manusia mampu memberikan dua peluang iaitu bersamaan dengan dua kali peluang kepercayaan. Tapi bagi Aku tidak . Mulutku mampu untuk lafazkan maaf , tetapi dihati memakan masa yang lama untuk memberi sejuta kemaafan . Bagi Aku , sekali kepercayaan itu dirobek , maka segala kata - kata yg bakal lahir atau telah lahir akan sentiasa seperti daun kering lalu dibawa angin bertebangan pergi.

Kepercayaan ni special . Tak semua mampu miliki . Selalunya yg special inilah yang jarang - jarang kita dapati .

Sekali orang label kita penipu ,  sampai bila - bila kita ni penipu depan mata mereka . Even kita bertaubat macam mana sekali pun , nama pun manusia . Kadang perasan diri tu Tuhan . Berani menghukum , berani menghina . (Moga dijauhka dari kita semua , Amin.)

Hargailah kepercayaan orang terhadap kita . Sayangilah mereka ini . Kau akan menyesal bila kau bongkak untuk tidak menghargai kepercayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan ke atas kepercayaan mereka.

Hina sungguh bagiku , bila ada manusia yang sanggup lagi berani mempermainkan kepercayaan kia terhadap mereka .

"Bencilah dosa , bukan pendosa itu . Kerana kita jua seorang pendosa . "

Saturday, 21 February 2015

Saturday [[LOVE]]

Cinta dan Iman 

Apabila kita memperoleh fokus terhadap kedua-dua perkara ini, kita berasa manisnys pula kehidupan.
Dan setelah kesedaran kita terbuka di sebalik punca cinta dan iman, kita juga mengenali Tuhan, Ya Rabb.

Allah sahaja yang memegang sepenuhnya akan kedua-dua perkara ini , Dia yang berkuasa memelihara atau mengubahnya dengan kehendakNya.
Manusia hanya mampu membentuk 2 perkara ini ,  tapi hasil akhirnya semuanya bergantung kepadaNya.

Cinta itu tidak relevan?
Cinta itu haram, wajib, harus, sunat atau makruh?
- Bagaimana kita bertindak balas dengan perasaan ini yang menentukannya . 

Tindakan, fikiran dan hati menjadi tali ukur.

Cinta itu anugerah jua dugaan buat manusia.
Namun, sedarlah Jikalau kita perbaiki dan menghayati cinta terhadap Maha Pencipta, cinta terhadap manusia tersedia di kembara kita mendekatiNya. Sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Memiliki akan perasaan kita.

Wallahualam , Allah jua Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui sesuatu perkara.

Azhar Abd Halim .


Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba yg penuh dosa .

Friday, 30 January 2015

Friday Star [[Love]]

Bila mana kita cuba untuk berubah ke arah kebaikan , ada saja halangan yg menimpa . 

Ada saja perkara yg mahu menumpulkan niat baik kita tu. Ada saja yg tak duduk senang melihat kita melangkah ke arah niat yg mungkin membawa kita merasai kemanisan iman . Allahuakbar . 

Bila seorang hamba itu hendak mencari keredhaan Allah dan mahu berhijrah , ada saja halangannya . 

Jangan mengeluh , jangan putus asa , jangan kecewa . Tetapi bersabarlah dan teruskanlah dengan niat murni itu . Sesungguhnya kepahitan yg dirasai pada mulanya itu akan mula menghilang dan kemanisan yg dinanti - nanti itu pula datang . Sabarlah duhai hati , tabahlah . 




Kadang , ada perkara yg kita perlu dengar .
Kadang , ada perkara yg tidak perlu kita dengar .

Perkara yg kita perlu dengar itu adalah perkara yg membina . Manakala perkara yg tidak perlu didengar itu adalah perkara yg menghina .

Tetapi apakan daya , mulut manusia yg hanya tahu mengkritik dan menghina , telinga yg sentiasa lekat di kepala terpaksa turuti ke mana saja kepala bergerak .

Kita tak mampu tutup mulut orang , tapi kita mampu pekakan telinga dan kuatkan diri bagi meneruskan niat murni kita .

Insha ' Allah , selagi niat kita itu baik lagi murni , Allah S.W.T akan sentiasa berada di samping kita . Usah risau pandangan orang terhadap kita , usah lemah dek kerana mulut orang yg hanya pandai berkata - kata .



Peringatan dan harapan buat semua insan ,
termasuk diri yg menulis ini.



Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba yg penuh dosa .

Saturday, 24 January 2015

Bicara hati

Bila kenangkan kembali memori lama , boleh banjir juga rumah .

Ada yg manis ada yg pahit semua cukup rasa .-. Masa bergerak seperti biasa . Masa juga dapat mengubahkan segalanya atas kehendak Allah. 

Dalam kehidupan perpisahan dan pertemuan adalah satu perkara wajib yg akan manusia lalui . Setiap orang akan merasainya . Ada sebab kenapa Allah takdirkan sebegitu. Jangan salahkan takdir Allah , tetapi percayalah takdir Allah itu memberi kebaikan . Allah takdirkan perpisahan kerana 'Dia' mahu gantikan dengan yg lebih baik . Redha itu perlu bagi meneruskan kehidupan . Banyak lagi ujian dan cabaran yg perlu diharungi.

Memang redha itu susah , kerana redha itu perlukan masa . Tetapi usaha itu perlu , perlu cuba untuk redha . Jangan hanya berkata - kata tetapi tiada usaha . Allah akan bantu hambanya yang berusaha. Yakin dengan Allah. 

Setiap ujian yang Allah beri tu bersebab. Semua ujian itu tanda 'dia' sayang akan hambanya , tanda 'dia' rindukan suara hambanya . 

Kuat dan sabar  itu adalah senjata yang sangat membantu . Teruskan mencari keredhaan - Nya . Teruskan mencuba mencari cinta sejati -Nya . Teruskan teruskan keep going . 

Bila ada suara - suara sumbang mengkritik , pekakkan telinga dan teruskan . Be yourself , ignore them . Don't show off your weaknest in front of them . Allah itu sentiasa berpihak pada hambanya yang berada pada laluan keredhaan -Nya. 

Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa . Jika ibu bapa redha dengan apa yang kita lakukan maka Allah juga pasti memberikan 'green light' . 

Jangan lemah dengan sindiran orang yang hanya tahu mengkritik dan perasan sempurna , suci dan murni. Tetapi buktikan kepada mereka semua yang kita boleh lakukan .







Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba yang penuh dosa  .

GoodBye 2018, Welcome 2019.

Another year has passed. I realised every years I wouldn't stop saying 'how time flies so fast', I keep thinking about it but I...