Dunia ?
Dah berabuk dah blog ni since last update time bulan May. Dunia College yg hanya sementara Allah cuba beri aku rasa dah pun berlalu almost 2 months . Same goes to Hari Raya . Nampak macam masa berlalu dengan pantas sekali , dalam sekelip mata apa - apa boleh jadi . Penuh ujian yg Allah beri kepada Hambanya mengikut sebab - sebab yg tertentu, segalanya punya Hikmah.
"Setiap ujian itu pasti ada hikmah dari-Nya".
Aku sentiasa diingatkan bahawa setiap ujian yg Allah beri itu sentiasa punya maksud tersendiri . 'Ujian ni menguatkan, buat kau lebih matang, lebih peka dengan sekeliling dan pastinya buat kau mengingati Maha Pencipta'
Aku sentiasa diingatkan bahawa setiap ujian yg Allah beri itu sentiasa punya maksud tersendiri . 'Ujian ni menguatkan, buat kau lebih matang, lebih peka dengan sekeliling dan pastinya buat kau mengingati Maha Pencipta'
Aku cuba. Cuba untuk menerima dan menempuh segala ujian ni dengan penuh redha-Nya. Aku cuba kawal segala yg patut walau kadang tu terkandas juga kerana aku pun manusia biasa.
Kadang-kadang tu rasa macam dunia ni sangat menakutkan. Buat aku takut dan tidak yakin untuk bersemuka dengan makhluk-makhluk di muka bumi ni.
Pengalaman-pengalaman yg selama ini aku lalui menambahkan lagi rasa ketakutan.
Rasa ketidakadilan itu kadang-kadang muncul juga buat aku tewas dengan rezeki yg Allah beri kepada aku.
Bila difikirkan kembali masyaAllah sungguh lemah iman ini. Sedang Allah itu memberi rezeki kepada hamba-hambanya dengan cara yg berbeza-beza, aku lupa itu.
Berbicara soal ujian yg kadang itu boleh mematangkan kita, aku yakin perkara ini betul dan semestinya dapat dilalui oleh semua manusia yg berakal. Secara tidak langsung, cara kita berfikir, bertindak dan mengendali sesuatu pastinya berbeza, Kerana pengalaman yg kita lalui daripada sesuatu ujian itu menyentuh hati kita.
Semua orang ada ujian. Tapi ujian yg dihadapi itu berbeza-beza. Tahap kesusahannya juga berbeza. Allah itu Maha mengetahui, Maha melihat lagi Maha mendengar.
Moga setiap ujian yg hadir itu mempunyai maksud tersirat yg positif.
Moga setiap ujian itu mendekatkan kita pada-Nya.
![]() |
| "Just ingat, setiap kesulitan, pasti akan ada kesenangan." - Int |

