Bila kenangkan kembali memori lama , boleh banjir juga rumah .
Ada yg manis ada yg pahit semua cukup rasa .-. Masa bergerak seperti biasa . Masa juga dapat mengubahkan segalanya atas kehendak Allah.
Dalam kehidupan perpisahan dan pertemuan adalah satu perkara wajib yg akan manusia lalui . Setiap orang akan merasainya . Ada sebab kenapa Allah takdirkan sebegitu. Jangan salahkan takdir Allah , tetapi percayalah takdir Allah itu memberi kebaikan . Allah takdirkan perpisahan kerana 'Dia' mahu gantikan dengan yg lebih baik . Redha itu perlu bagi meneruskan kehidupan . Banyak lagi ujian dan cabaran yg perlu diharungi.
Memang redha itu susah , kerana redha itu perlukan masa . Tetapi usaha itu perlu , perlu cuba untuk redha . Jangan hanya berkata - kata tetapi tiada usaha . Allah akan bantu hambanya yang berusaha. Yakin dengan Allah.
Setiap ujian yang Allah beri tu bersebab. Semua ujian itu tanda 'dia' sayang akan hambanya , tanda 'dia' rindukan suara hambanya .
Kuat dan sabar itu adalah senjata yang sangat membantu . Teruskan mencari keredhaan - Nya . Teruskan mencuba mencari cinta sejati -Nya . Teruskan teruskan keep going .
Bila ada suara - suara sumbang mengkritik , pekakkan telinga dan teruskan . Be yourself , ignore them . Don't show off your weaknest in front of them . Allah itu sentiasa berpihak pada hambanya yang berada pada laluan keredhaan -Nya.
Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa . Jika ibu bapa redha dengan apa yang kita lakukan maka Allah juga pasti memberikan 'green light' .
Jangan lemah dengan sindiran orang yang hanya tahu mengkritik dan perasan sempurna , suci dan murni. Tetapi buktikan kepada mereka semua yang kita boleh lakukan .
Hamba lalai ,
Hamba hina ,
Hamba hina ,
Hamba yang penuh dosa .
No comments:
Post a Comment